Thursday 29 December 2011

makteh ( GK ) janda kijiya haiya ??

hot news - baru sbntar td janda si kijiya iaitu makteh merasmikan dirinya adalah janda kijiya.. hahahaha.. maklum laa,,saya sbgai wartawan paling "top" d gilerkentang masa kini amatlah terperanjat mndengar khabar tersebut.. kata makteh lagi,, "tongkat kijiya" akhir2 ni mndapat sambutan hangat oleh awek2 cun di gilerkentang.. kepada pelanggan yg masih blum meminum "tongkat kijiya " sy berharap agar kalian memikirkan hal ni beratus2 kali sebelum meminumnya..kalo x wajah anda akan bertukar dari cantik ke hodoh.. 


     <----- menjadi ----->>


berbalik pada hot news kita,,makteh seperti menyesal atas penceraian yg dibuat oleh kijiya.. :hahaha.. cuba rujuk gambar di bawah :kahkah  






jadi,, apakah kata anda??? masih perlukah kita membeli dan menyokong "tongkat kijiya"?? :hahahaha katakan TIDAK pada "tongkat kijiya" ... Ingat..jika tidak,,wajah anda akan jd cam mumia.. ---> 


hahahahahahaha..sekian.. jumpa lagi pada hot news akan datang..  

Read more...makteh ( GK ) janda kijiya haiya ??

Wednesday 28 December 2011

GilerKentang's news..

berita sensasi - moderator gilerkentang ( mr.dasyat ) menyatakan bhwa beliau (erk,,nk guna beliau ke??? ) bukan mus sayam <-- gelaran pemes oleh dayang :kahkah

terdapat bukti2 kukuh yg dapat dayang bentangkan disini ==' 


                         kan kan ... mr.dasyat kata "dia" .. macam ada samting wrong je disitu =='



selain tu, dayang dapat bukti len gak =.=' .. tgk ni >_< ..


yg atas tu laa fb mus yg sebenar.. dayang da chat ngn dia dah..
terbukti sudah mus dan das adalah 2 org yg berbeza.. sekian saja wartikah st utk hari ni  

                         
  kalo dapat tau kat das ni,, mati aku.. hahahhahaha

Read more...GilerKentang's news..

lola sudah mengaku sesuatu =='

sebenarnya kan..dayang ade samting nak share ngn kawan2 dayang..tambah2 amir aka shut.. :hehe 
disini,,sy melampirkan satu bukti bahawa lola sudah berpunya.. 
                                 


haaa,,amacam..bukti yg teramat2 kukuh tu >_<  
lola amat jujur orangnya kan.. hahahaha
jadi shut,, anda bila lagi mau ngaku :hihi ...


                                      

Read more...lola sudah mengaku sesuatu =='

Thursday 22 December 2011

rahsia pikat lelaki mengikut tarikh lahir

Masih menanti Prince Charming? 
Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu si gadis sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si dia tinggal, ataupun siapakah teman rapatnya.... 

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. 
Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas
untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya.
Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu
berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk melakukan sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,
sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia
terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda
kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia
mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang
murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk
mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di
sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time
nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya
kamu
melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu
memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia
gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untukmereka yang bersikap moody

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya
mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si
dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu
mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy..




Read more...rahsia pikat lelaki mengikut tarikh lahir

perbezaan cinta, sayang, minat dan suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



so,, apakah perasaan yg ada pada diri korang sume bila bersama dengan boyfriend kalian??? labelkan sendiri k :)


Read more...perbezaan cinta, sayang, minat dan suka

Saturday 17 December 2011

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.


Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Read more...Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Thursday 8 December 2011

10 tanda si dia "poket kering"

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Jum berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
1.Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
2.Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”
3.Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.
4.Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”
5.Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”
6.Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”
7.Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”
8.Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
9.SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”
10.Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya. -
Read more...10 tanda si dia "poket kering"

Wednesday 7 December 2011

Lelaki Kata Bila perempuan


Bila perempuan Kata Lelaki
Bila perempuan… Lelaki kata :
Bila perempuan bawak kereta slow
Lelaki: ini lah perempuan. Bawak kereta Lembab macam siput..
Bila Perempuan bawak kereta laju
Lelaki : Ini lah perempuan.. bawak kereta macam tak tahu undang-undang
Bila perempuan bawak kereta macam pelesit
Lelaki : ini lah perempuan. Bawak kereta macam tak reti bawak kereta.. ingat jalan ni mak bapak diorang yang punya.
Bila lelaki bagi salam kat perempuan dan perempuan menjawab salam
Lelaki : wah.. Ade chance ni. Gatal gak pompuan ni
Bila lelaki bagi salam dan perempuan tidak menjawab
Lelaki : Sombong btol la pompuan ni.. Die ingat die cantik sangat kot.
Bila perempuan bawak kereta slow Lelaki: ini lah perempuan. Bawak kereta Lembab macam siput..
Hishh.. semua salah perempuan ke? So lelaki tu tak ada kesalahan la eh? Nantikan post seterusnya..

Read more...Lelaki Kata Bila perempuan

Makna di sebalik kata-kata perempuan


Apakah rahsia di sebalik kata-kata wanita ? Setiap kata-kata wanita mesti ada makna di sebaliknya.. Jom kita fikirkan bersama...
Makna tersembunyi di sebalik kata-kata perempuan :
.
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi : Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg `dia’ dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

wanita islam
p/s : Apa pendapat korang..? betol ke maknanya begitu,…? Tepuk dada tanya iman… Jom kongsi dengan rakan fb anda

Read more...Makna di sebalik kata-kata perempuan

24 Peringatan Untuk Wanita


Jom kita baca 24 Peringatan Untuk Wanita yang perlu kepada setiap wanita tahu dan ambil berat.
24 Peringatan Untuk Wanita
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
24 Peringatan Untuk Wanita
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Ingat kepada Allah SWT
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
    Jom SHARE dengan rakan-rakan FB anda :)  


Read more...24 Peringatan Untuk Wanita