Sunday, 27 November 2011

Dilema Perempuan Belum Berkahwin: Part 1


Menjadi seorang perempuan bukanlah semudah yang disangka.Dalam peredaran zaman yang semakin pesat membangun ini, ada beberapa perkara yang akan membuatkan perempuan yang belum berkahwin ini dalam dilema.


Bukan hendak kata dilema oleh semua perempuan, tidak. Tetapi elok juga kalau aku katakan dilema seorang perempuan ini memang terjadi di zaman ini. Disini aku letakkan 6 perkara besar yang aku rasa menjadikan seseorang perempuan yang belum berkahwin itu dalam dilema. Bagi yang sudah berkahwin, aku tidak masukkan kerana orang yang sudah berkahwin ni dilema dia lain pula. Kali ini kita tumpukan kepada yang belum berkahwin dahulu ye:)

Untuk entri dengan tajuk ini, aku buat part 1 dan part 2. Bukan apa, agak panjang kalau aku masukkan kesemua 6 point dilema yang berada dalam pikiran aku ini. Sudah la aku suka buat ulasan untuk setiap point.:)

Berikut adalah 3 perkara yang aku senaraikan dahulu. Jika anda ada pendapat lain, boleh la dikemukakan di ruangan komen ye. Pendapat dialu-alukan memandangkan aku adalah lelaki. Bukan dapat menjiwai jiwa perempuan sepenuhnya.:)


Berpelajaran tinggi tetapi tiada jodoh.
Seperti sedia maklum, perempuan memang menguasai lebih 60% berbanding lelaki di IPT. Semasa di IPT mungkin tiada masalah, tetapi apabila semakin melonjak tinggi pelajarannya semakin susah hendak bertemu jodoh.

Biasanya perkara sebegini disebabkan beberapa perkara contohnya banyak perempuan yang menguasai bahagian atasan, lelaki sudah berkahwin, pentingkan kerjaya, menganggap berkahwin akan lebih menyusahkan, lelaki tidak berani mendekati perempuan yang lebih tinggi tarafnya dan pelbagai lagi.

Dan kesannya, ramai yang berpelajaran tinggi tetapi tidak berkahwin. Bagi yang memang tidak mahu berkahwin mungkin tiada masalah. Masalah bagi yang terasa hendak berkahwin tetapi tiada lelaki yang mendekati. Itu yang membuatkan mereka dalam dilema.


Terpaksa tanggung lelaki.
Ini pula kes bagi perempuan yang terpaksa menanggung lelaki. Bukan kata jika perempuan yang berkerjaya sahaja yang kadang tu terpaksa menanggung lelaki, malahan ada juga perempuan yang terpaksa menggunakan simpanan atau pinjaman pendidikan untuk menanggung lelaki.

Menanggung ini bukanlah bermaksud belanja. Kalau macam belanja makan, beli hadiah itu normal. Ini jenis yang terpaksa tiap-tiap bulan keluarkan duit untuk boyfriendnya. Dan lebih parah lagi, jika boyfriendnya sudah pun bekerja, tetapi masih meminta daripada girlfriendnya. Tak mahu bagi, boyfriend..


Tidak cantik.
Siapa dalam dunia ini tidak sukakan kecantikan.? semua hendak cantik, muka kalau boleh hendak macam artis,dagu runcing, pipi gebu , dan macam-macam lagi. Kerana mahu atau tidak, kecantikan adalah satu perkara yang dipandang di dunia ini.

Perkara ini memberi kesan kepada perempuan yang merasakan dirinya tidak cantik atau sememangnya dilahirkan dengan keadaan yang kurang menarik berbanding orang lain. Biasanya perasaan rendah diri akan menguasai diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Dan lagi, apabila berkawan dengan perempuan yang cantik, pergi kemana sahaja, perempuan cantik akan menjadi tumpuan. Sedikit sebanyak akan terasa dihatinya bahawa dia tidak dipandang kerana dia tidak cantik walaupun jika dia seorang yang bijak!.


-------------------------------

Itu tiga point pertama aku untuk dilema perempuan masa kini bagi yang belum berkahwin atau lebih mudah kira remaja la.:). Point yang aku buat bukanlah mengikut ranking, tetapi cukup sekadar senarai yang terlintas dipikiran.
Tengok, walaupun 3 point tapi entri dah hendak mencecah lantai.:)

Untuk entri seterusnya, aku akan buat sedikit lagi huraian untuk point ke 4,5,6. Oleh kerana tidak mahu berahsia, aku dedahkan point untuk entri seterusnya.:)
4.Body tak cantik..
5.Susah hendak percaya kepada lelaki.
6.Hendak lepaskan, tetapi sayang.

Berbalik kepada entri untuk point 1,2,dan 3 ini.
Adakah anda rasa betul apa yang aku pikir.
Atau jika anda ada sebarang cadangan, pendapat, atau apa sahaja, dengan selamba dijemput untuk komen.:)


No comments:

Post a Comment