Adakah seorang perempuan cukup tahu apa yang berkaitan dengan diri mereka.?. Apa yang ada pada tubuh mereka, apa yang berlaku pada tubuh mereka.? Mungkinkah mereka ada terlepas pandangan kepada beberapa perkara.?
Dan entri ini aku bawakan beberapa point yang berkaitan perempuan yang aku beranggapan mungkin ramai perempuan yang tidak tahu berbanding perempuan yang tahu.
Dan semestinya entri ini juga sesuai di baca oleh orang lelaki (yang sudah cukup umur) sebagai pengetahuan.
Nota: Entri ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 18tahun ke atas. Boleh dikatakan entri berkaitan pelajaran seks, tetapi tidak diceritakan secara terus.
Berikut beberapa point yang aku pikirkan.
1. Darah Istihadah
Darah istihadah adalah darah yang keluar dari rahim wanita yang tidak termasuk dalam darah haid atau nifas. Darah istihadah keluar tidak mengira masa, dan orang yang mengalami sendiri tidak mengetahui bilakah darah itu akan keluar, tidak seperti darah haid yang ada kitaran tertentu.
Boleh dikatakan darah istihadah ini adalah darah penyakit. Aku tak tahu ramai atau tidak perempuan yang mengalami masalah ni, sebab takkan aku hendak tanya pula kan.ha3.:)
Dan untuk bacaan lanjut berkaitan darah istihadah ini, boleh baca dari link ini, Apa itu Istihadah?, atau boleh google, dan jika hendak lebih jelas penerangan, boleh tanya ustaz atau ustazah.:)
2. Selaput dara.
Selaput dara rasanya semua orang boleh bayangkan yang ia adalah satu lapisan nipis seperti lapisan kulit bawang yang berada di dalam faraj wanita. Tetapi adakah anda(perempuan) tahu yang terdapat beberapa jenis selaput dara.?
Rasanya tak perlu aku letak gambar kat sini, sebab aku rasa malu..ha3.. Tetapi anda boleh meneruskan bacaan jenis selaput dara ini dari link yang aku jumpa ini. BENTUK BENTUK SELAPUT DARA
3. G-Spot
Sebelum tu, cerita pasal sejarah sikit, G-Spot ini dikaji oleh Grafenberg. So, G kat depan tu sempena nama dia.:). G-Spot adalah satu titik rangsangan yang berada dalam dalam faraj wanita. G-Spot ini boleh la kalau aku katakan ianya melibatkan kepuasan seksual wanita.
Untuk bacaan berkaitan G-spot ini, boleh je rujuk wiki, http://en.wikipedia.org/wiki/G-Spot ataupun video pengetahuan yang banyak anda boleh pelajari di youtube.
BONUS.
Pancutan.
Lelaki kalau klimaks, secara normalnya akan mengalami pancutan. Boleh dikatakan kesemua lelaki. Dan untuk perempuan, ada juga sesetengah perempuan yang akan mengalami pancutan apabila mereka mencapai tahap klimaks.
Dan dari apa yang aku tahu, hanya sedikit sahaja perempuan yang boleh mengalami pancutan. Percentage tu aku sudah tidak ingat berapa. Tetapi bagi perempuan yang boleh mengalami keadaan 'pancutan', ia adalah satu anugerah..
------------------------------------------
Habis sudah pelajaran untuk orang yang berusia 18tahun ke atas.ha3. Aku sebenarnya tidak pasti perempuan tahu tak, tapi aku rasa mungkin ramai yang tidak tahu tentang point² di atas sebelum ini. Kalau aku salah sila bagitahu.:)
Ok, itu tentang hal perempuan. Ada korang tertanya bagaimana aku ni seorang lelaki boleh tahu.? jawapannya, membaca jambatan ilmu..:). Tentang hal lelaki yang aku tak tahu.? memang la aku tak tahu.:)
Eh, satu lagi..Kalau sebut Permata Yang Hilang, perempuan konfirm akan terpinga-pinga. Kalau lelaki mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu. Kalau hendak tahu cari sendiri, dan peringatan, ianya untuk bacaan dewasa dan lagi sesuai bagi sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan.:)
p/s: Entri ini boleh dimasukkan dalam kategori rahsia wanita ke.?.Tapi sekarang sudah tidak rahsia lagi.:)
Sunday, 27 November 2011
Perkara Tentang Perempuan Yang Mungkin Perempuan Tidak Tahu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment