Berkahwin adalah salah satu lagi perkara yang melengkapkan hidup seseorang, tidak kira samada lelaki atau perempuan. Secara generalnya, perkahwinan membawa kegembiraan kepada semua yang terlibat terutamanya mereka yang selamat diijab kabul.
Sebelum ini (kalau korang belum lupa la.:), aku ada buat 2 entri yang bertajuk dilema perempuan belum berkahwin. Part 1 dan juga Part 2. Kali ini aku teruskan sedikit perkara yang membuatkan perempuan dalam dilema iaitu bagi yang sudah berkahwin. Sebenarnya aku hendak letak tajuk entri "Dilema seorang isteri" tapi biarlah dengan tajuk di atas.:)
Apakah perkara-perkara yang boleh membuatkan seorang isteri itu berada dalam dilema.?
Point yang aku nyatakan ini adalah berdasarkan pandangan aku semata-mata. Jika ada pandangan lain sangatlah dialu-alukan. Lagipun sudahlah aku ni lelaki, tidak berkahwin pula tu. Mana la aku dapat memahami sangat kan.:)
Berikut point yang aku pikirkan
1. Mandul / Tiada Anak
-Perkahwinan adalah satu asas untuk hidup berkeluarga yang bertujuan untuk mengembangkan zuriat dari generasi ke generasi. Kehadiran cahaya mata sangatlah dinantikan oleh suami isteri. Tetapi bagaimana jika berkawin 10 tahun tetapi masih lagi tiada cahaya mata.?
Tiada cahaya mata boleh dikaitkan dengan dua perkara, satu mandul dan satu lagi adalah masih tiada rezeki. Ketiadaan cahaya mata sangat membuatkan perempuan (dan juga lelaki) dalam dilema. Lagi-lagi kalau kemana-mana orang berhampiran asyik tanya 'bila nak ada anak ni'..Apa yang boleh mereka buat.?
2. Suami hendak kahwin lain.
- Perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain.? Kalau ada pun sangat jarang. Boleh dikatakan anggaran kasar 1 dalam 50 je yang setuju. Lain tidak sanggup jika berkongsi kasih.
- Abaikan seketika berkenaan lelaki-lelaki yang sibuk hendak kawin tapi tak mampu. Orang macam tu merosakkan nama lelaki sahaja. Jika seorang lelaki, yang mampu dari segala segi untuk berkahwin lagi, apakah seorang isteri akan membenarkanya.?
-Lagilah bertambah dalam dilema jika suami hendak kahwin lain jika si isteri yang mandul. Hendak benarkan suami kawin lain, tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain. Tidak benarkan, tetapi si suami mampu dari segala segi, cuma isteri yang ada sedikit masalah dengan peranakan. Apa perlu buat.?
3. Rahsia lama terbongkar
- Seorang lelaki dan perempuan berkahwin, dan bergelar suami isteri. Adakah isteri tahu segala apa yang berlaku semasa mereka bergelar sepasang kekasih dahulu. Ini kerana semasa bercinta dan selepas berkahwin adalah dua perkara yang sangat berbeza.
-Berbeza dari segi tanggungjawab dan juga dari segi perlakuan. Kebiasannya perlakuan semasa berkasih adalah perlakuan sebenar yang bercampur juga dengan kepura-puraan. Selepas berkahwin barulah tahu bagaimana sebenarnya perlakuan dan sifat seseorang itu.
-Apa si isteri boleh buat jika selepas berkahwin terbongkar segala rahsia lepas suami yang mungkin tidak dapat diterimanya. Tidak kira samada perbuatan lepas yang tidak nampak dari pandangan atau sikap tersembunyi lama suami seperti panas baran, kaki mencuri, kaki pukul, kaki perempuan dan sebagainya. Perkara ini juga membuatkan perempuan dalam dilema, status sudah isteri orang, hendak tahan sikap suami lagi, tekanan tahu kisah hidup suami yang lepas² pula..Apa yang mampu mereka lakukan..
----------------------------------------------------
Aku rasa ada sedikit keganjilan apabila buat entri pasal orang sudah kawin ni. Bagaimana aku hendak tahu perlakuan sebenar mereka memang susah sebab aku tak lalui lagi. So kira macam aku anggar-anggar berdasarkan pemahaman aku tentang orang yang sudah berkahwin la ye.:)
Sebenarnya banyak juga point yang aku pikir tentang dilema perempuan yang sudah berkahwin ni. Tetapi cukup la rasanya untuk 3 point ini. Kalau korang ada pandangan/pendapat untuk dipersilakan. Lelaki bujang mintak tunjuk ajar sikit ni.:)
Sunday, 27 November 2011
Dilema Perempuan Sudah Berkahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment